top of page

BAHAN GURU

Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menghuraikan keunggulan sifat tabligh nabi Muhammad SAW melalui kisah kehidupan baginda dengan jelas.
2. Menerangkan 2 kepentingan nabi Muhammad SAW bersifat tabligh dengan betul.
3. Menyenaraikan contoh dalam menghidupkan sunat sifat tabligh nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian dengan betul.

SET INDUKSI
-
Guru menunjukkan sebiji bola di hadapan kelas.
-
Bola itu diberikan kepada seorang murid.
-
Murid tersebut diminta membaling bola kepada murid lain.
-
Murid yang menerima bola perlulah fokus agar bola tersebut dapat diterima dengan baik.
-
Kemudian, guru menerangkan mengenai maksud bola yang dibaling tersebut.
-
Murid dapat mengaitkan maksud bola dengan tajuk pelajaran "Meneladani Sifat Tabligh"

Bola diibaratkan sebagai ilmu. Jadi, bola yang dibaling itu ibarat menyebarkan/ menyampaikan ilmu. Oleh itu, bola itu haruslah sentiasa dibaling dari seorang kepada orang yang lain agar ianya tidak terhenti di situ sahaja. Guru dapat kaitkan bola dengan ilmu dimana sekiranya seseorang itu memperolehi ilmu, maka dia harus menyebarkan/ menyampaikan ilmu tersebut agar ilmu tersebut tidak berhenti disitu sahaja.
Nota Guru
LANGKAH 1
-
Murid melihat paparan nota yang ditayangkan oleh guru dihadapan kelas.
-
Murid mendengar sirah nabi yang bersifat tabligh dengan teliti.
-
Murid mengaitkan sifat tabligh nabi dalam kehidupan sebenar dengan bimbingan guru.
-
Murid bersoal jawab bersama guru.
Guru menggunakan nota yang telah disediakan dalam laman Sirah2U.
Nota Guru
LANGKAH 2
-
Murid melihat tayangan video berkaitan peristiwa berdakwah nabi di Thaif.
-
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
-
Setiap kumpulan diminta untuk mengeluarkan 3 kepentingan sifat tabligh nabi dalam menyampaikan dakwah.
-
Wakil kumpulan diminta untuk membentangkan isi yang dibincangkan di hadapan kelas.
-
Guru memberi maklum balas terhadap isi pembentangan murid.
-
Murid menulis nota berkaitan kepentingan sifat tabligh yang disebutkan oleh rakan pembentang.
Guru menggunakan video yang terdapat dalam laman Sirah2U
Nota Guru
LANGKAH 3
-
Murid berada didalam kumpulan yang sama.
-
Setiap kumpulan diminta untuk berbincang mengenai contoh yang boleh dilakukan oleh murid dalam mengamalkan sifat tabligh dalam kehidupan.
-
Wakil kumpulan diminta untuk menulis hasil perbincangan di papan putih.
-
Guru memberi maklum balas terhadap hasil perbincangan murid.
-
Kemudian, murid melakukan aktiviti pengukuhan menerusi gamifikasi Wordwall.
Guru menggunakan gamifikasi seperti Wordwall dan Quizizz yang terdapat dalam laman Sirah2U
Nota Guru
PENUTUP
-
Penutup sosial
- Murid mengaitkan sifat tabligh dalam kehidupan harian
- Guru menasihati murid agar sentiasa mengamalkan sifat nabi iaitu tabligh dengan menyampaikan ilmu kepada rakan-rakan.
bottom of page


